• Home
  • Our Story
    • About Corporate Citizen Foundation
    • Speech by Chairman, CCF
    • Speech by DPM Tharman Shanmugaratnam
    • SEED
  • News & Updates
  • Media
  • FAQs
  • Reach Us

CNA – CCF Ready to help Typhoon Region

Firms pool resources to help in disaster relief

  • 0

Hadiah Singapore kepada dunia

SATU daya usaha baru dilancarkan awal bulan ini.
Dinamakan Yayasan Warga Korporat (CCF), ia tnetnbolehkan syarikat swasta Singapura bergabung tenaga dan kepaka­ran untuk membantu mernperbaiki ke­hidupan masyarakat kurang bernasib baik di rantau ini.
Di samping itu, CCF juga bertindak se­bagai badan induk yang sedia ke depan untuk membantu negara di rantau ini yang menghadapi bencana alam.
Untuk memastikan CCF berupaya memberi respons segera dan berkesan, satu daya usaha baru yang dinamakan Pengerahan Pasukan Kecemasan bagi Pe­nilaian Pantas (SEED) turut diumumkan.
Pembentukan CCF dan SEED ini dirin­tis sebuah syarikat kejuruteraan setem- pat, HSL Constructor Pte Ltd.
Tunggak utama CCF dan SEED didukung tiga faktor utarna:
Mengenal pasti cabaran utatna saat berlaktunya bencana, dan mengetahui se­baiknya apa yang berlaku di tempat ter­jadinya bencana – saiz kerosakan dan apa­kah keperluan utama rnangsa.
Mengenal pasti laluan masuk ke tern­pat bencana memandangkan selalunya pintu masuk biasa dan utama sering kali rosak atau musnah.
Penyediaan kakitangan berkemah.i­ran yang berupaya rnelakukan penilaian tepat di kawasan terjejas.
Sememangnya, daya usaha yang diiin­tis HSL Constmctor itu amat membangga­kan. Ia bersandarkan pada tiga faktor uta­ma:
Pertama, sedang dunia semakin kacau dan galau, Singapura menyerlahkan keha­dirannya.
Kedua, sedang pentas politik jagat se­makin riuh dengan segala rencaman manusia, republik ini menonjolkan ilti­zam mahu membantu anak-anak dunia yang miskin dan melarat.
Ketiga, sedang ramai mendambakan dunia yang ‘ideal’ – aman dan sejahtera – Singapura tampil dengan pendekatan yang nyata, tersusun dan strategik bagi mencapamya.
Paling membanggakan, pembentukan CCF dan penubuhan SEED dilaksanakan menjelang sambutan jubli emas pulau yang dicap ‘titik merah’ di peta dunia.
Rakyat Singapura akan meraikan tah.un ke-50 · kemerdekaan watannya tahun depan.
Lazimnya, setiap kali menyambut hari jadi negara, ramai akan bertanyakan apa­kah hadiah istime,va yang akan diberikan rakyat kepada ,vatannya.
Tetapi, dalam diam-diam sebenarnya Singapura menghadiahkan keihsan.an rakyatnya kepada dunia.
Surnbangan menerusi CCF dan SEED bukanlah sesuatu yang terpencil dan terkecuali.
Dua individu memainkan peranan penting dalam usaha kernanusiaan ini -Ketua Pega,vai Eksekutif (CEO) HSL Constructor, Encik Charles Quek; dan Pengarah (Derma & Sokongan), Encik Hassan Ahmad, daripada syarikat sama.
Usaha dua individu ini wajar dihargai dan disokong.
Sebelum ini, masyarakat Melayu turut sama berperanan penting mengharum­kan nama Singapura di mata dunia me­nerusi pembentukan Mercy Relief, se­buah badan kemanusiaan serantau, yang
usahanya diiktiraf pertubuhan besar du­nia, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketangkasan Mercy Relief dalam menghulur bantuan di saat-saat genting dalam waktu terpantas mendapat sorotan dunia dan Encik Hassan merupakan an­tara tunggak utama badan itu.
Pemerintah juga sebelwn ini menubuh­kan Pusat· Penye]arasan Bantuan Ke­manusiaan dan Bencana Serantau Changi (RHCC) bagi melicinkan penyelarasan bantuan tentera apabila berlaku bencana alam.
Sifat mulia yang dimiliki rakyat negara ini cukup rnenyerlah sehinggakan kita sendiri segan mendabik dada kerananya.
Sememangnya, itulah sifat yang dididik orang tua – agar kita sentiasa merendahhati.
Hakikatnya, sedang negara ini mula menginjak masuk ke alarn ‘separuh abad’ ia tidak kelam dalam pencarian makna kewujudannya – penglihatannya tidak berbalam malah menyinar dek keihsanannya.

by Chairul Fahmy Hussaini
Berita Harian
8 November 2014

  • Download PDF
  • PRINT

CCF-Launch-(08-11-2014)-Berita-Harian

PANDANGAN
Berita Harian
Published date: 8 November 2014

Related Media

Warga korporat setempat tidak mahu ketinggalan membantu
Warga korporat setempat tidak mahu ketinggalan membantu
Monetary donations most helpful
Monetary donations most helpful
Firms pool resources to help in disaster relief
Firms pool resources to help in disaster relief
Stay connected
News & Updates
  • TIMELY AID ALLEVIATES ACEH’S QUAKE SURVIVORS
  • CORPORATE CITIZEN FOUNDATION IN ACEH FOR EARTHQUAKE ASSESSMENT

ccf-logo-316

© 2023 Corporate Citizen Foundation. All Rights Reserved.

  • About CCF.org
  • SEED
  • Media
  • Reach Us
  • FAQs