• Home
  • Our Story
    • About Corporate Citizen Foundation
    • Speech by Chairman, CCF
    • Speech by DPM Tharman Shanmugaratnam
    • SEED
  • News & Updates
  • Media
  • FAQs
  • Reach Us

政府与私企合作人道救援 王乙康:凸显人文精神

Monetary donations most helpful

  • 0

Warga korporat setempat tidak mahu ketinggalan membantu

MESKIPUN sudah biasa ke tern­pat dilanda benca semasa menerajui sebuah badan bantuan kemanusiaan, Encik Hassan Ahmad tetap rasa ter­kesan apabila beliau menjejakkan kaki di Kathmandu, Nepal, yang di­landa gempa bumi kuat Sabtu lalu.
Encik Hassan, kini pengarah telmi­kal Yayasan Warga Korporat (CCF), tiba di Kathmandu Isnin lalu bersama empat anggota lain di bawah daya usaha Pengerahan Pasukan Kecema­san bagi Penilaian Pantas (Seed).
Misi utama mereka ialah memenu­hi · keperluan kritikal selain membuat penilaian awal dan tepat tentang keadaan di tapak bencana.
Maklumat yang dikongsi mereka akan membantu badan bantuan lain membuat keputusan semasa meng­hantar bantuan kemanusiaan ke ka­wasan terjejas bagi memastikan ia sesuai dengan keperluan mangsa.
CCF merangkumi beberapa sya­rikat swasta Singapura termasuk sya­rikat kejuruteraan setempat, HSL Constructor Pte Ltd.
Encik Hassan, bekas ketua ekse­kutif Mercy Relief selama lapan tahun, ialah Pengarah (Derma & Sokongan) HSL Constructor.
Bercakap dengan Berita Harian dari Kathmandu semalam, beliau ber­kata berdasarkan penilaian pasukan­nya, cuaca hujan di sana bukan sa­haja menghambat usaha mencari dan menyelamat malah dengan angin ken­cang dan suhu serendah 12 darjah Celsius, penduduk tempatan terde­dah kepada penyakit seperti selese­ma kerana puluhan ribu orang kini terpaksa tinggal di tepi jalan atau di padang menyusuli gempa itu.
“Oleh itu, ubat selesema dialu-alu­kan dan ubat biasanya perlu diambil selepas makan.
“Orang di sini pula makan nasi dan dal, oleh itu mereka perlu air ber­sih untuk memasak, tapi jangan pula hantar air mineral ke sini … ia hanya akan menyesakkan lagi satu-satunya pintu masuk ke Nepal sekarang iaitu lapangan terbang Kathmandu yang kini sudah pun sesak,” ujamya.
Pasukannya membawa 100 beg mayat, 10 pengusung dan dua sistem penapis air yang boleh menghasilkan 1,500 liter air bersih sejam.
Namun, tambahnya, lebih banyak beg mayat, tarpaulin dan makanan diperlukan penduduk tempatan.

by Ervina Mohd Jamil
Berita Harian
30 April 2015

  • Download PDF
  • PRINT

CCF-NQR---BH-(2015-04-30)-001

Headline News
Berita Harian
Published date: 30 April 2015

Related Media

Hadiah Singapore kepada dunia
Hadiah Singapore kepada dunia
政府与私企合作人道救援 王乙康:凸显人文精神
政府与私企合作人道救援 王乙康:凸显人文精神
企业设立基金会改善区域受灾人民生活
企业设立基金会改善区域受灾人民生活
Stay connected
News & Updates
  • TIMELY AID ALLEVIATES ACEH’S QUAKE SURVIVORS
  • CORPORATE CITIZEN FOUNDATION IN ACEH FOR EARTHQUAKE ASSESSMENT

ccf-logo-316

© 2023 Corporate Citizen Foundation. All Rights Reserved.

  • About CCF.org
  • SEED
  • Media
  • Reach Us
  • FAQs